Friday, January 22, 2010

Sebahagian dari Hasil Sentuhanku-credit to farisfakri.com



Pasangan ini, Abby dan Mail merupakan rakan sejak di insitusi pengajian tinggi.

Bertuah rasanya dapat menatarias pasangan mempelai ini pada kesemua majlis, bermula majlis bertunang, nikah, malam berinai, sanding, dan bertandang.

Tidak lupa sesi fotografi disekitar bandaraya Pulau Pinang.

Kepercayaan dan kerjasama yang diberikan kedua-duanya sangat memuaskan, dan membolehkan aku menzahirkan apa yang aku cita-citakan.

Tidak adil sekiranya aku hanya bercerita mengenai 'kerja' yang aku lakukan saja.

Memandangkan gambar yang dilampirkan adalah hasil 'curi' dari laman sesawang www.farisfakri.com

Beliau ini adalah jurugambar kedua yang dipertanggungjawabkan untuk merakamkan kenangan terindah dua pasangan mempelai ini.

Dan jurugambar pertama adalah Hafis Ismail- www.hafisismail.com.

Jika anda mahukan khidmat rakaman fotografi, saya dengan berani akan mengesyorkan anda-anda diluar sana yang sudi singgah disini, supaya mendapatkan khidmat mereka.

Bernaung dibawah kumpulan wow photo-www.wowphoto.com, pastinya mereka akan menceriakan lagi majlis bersejarah anda.

Sehingga di lain coretan.

Kumaran Rajamoney
QaiserMaarif
0166855820

Sunday, December 20, 2009

SELAMAT DATANG

Selamat Datang ke alam baru dunia Mahligai Perkahwinan anda.


Saya Kumaran Rajamoney mempersembahkan Qaiser Maarif.


Untuk makluman anda saya menyediakan perkhidmatan andaman, solekan dan hal perihal berkaitan perkahwinan.


Dengan harga yang berpatutan, khidmat saya dapat diperoleh mengikut temujanji bersama anda.


Memandangkan saya menjalankan khidmat ini secara sambilan, maka tempahan awal diperlukan agar tidak mengganggu kerjaya saya sebagai wartawan penyiaran.


Saya akan tampilkan wajah-wajah yang pernah saya tatarias pada majlis bersejarah mereka bila saja punya masa terluang.


Sekian.


KumaranRajamoney
Qaiser Maarif
016-6855820